NOBLE SCHOOL

Noble School telah dibangunkan sebagai sebuah Kolej yang serba lengkap dengan berbagai kemudahan.

KURSUS KEMAHIRAN

Noble School menawarkan kursus seperti KIMPALAN , ELEKTRIK , AUTOMOTIF .

PROGRAM MODAL INSAN

Aktiviti yang dijalankan di Noble School of Engineering sepanjang tahun.

NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING – INSTITUT PENYEDIA LATIHAN KEMAHIRAN.

 

KURSUS YANG DITAWARKAN       ATAU     DAFTAR SEKARANG  

We Practice . We Prove . We Previl

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING

PORTAL RASMI NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING

NOBLE SCHOOL of Engineering telah ditubuhkan sebagai salah sebuah Kolej Kemahiran aliran Kejuruteraan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran/ Kementerian Sumber Manusia pada tanggal 10 April 2002 untuk menempatkan pelajar-pelajar lepasan persekolahan yang berminat menyambung pengajian di bidang-bidang teknikal/kejuruteraan.

Terletak dibandar Taiping – Sebuah Bandar Warisan yang terdapat 33 tinggalan sejarah pembangunan awal di Tanah Melayu sejak tahun 1800.Dan sebagai salah sebuah bandar yang terkenal dengan sebutan Rain Town of Malaysia dan sifar pencemaran budaya liar – Taiping merupakan tempat paling sesuai untuk dijadikan sebagai salah sebuah kampus pendidikan.

Dengan berkonsepkan Kolej Didalam Taman – Noble School telah dibangunkan sebagai sebuah Kolej yang serba lengkap dengan berbagai kemudahan untuk menempatkan 300-500 pelatih pada setiap kali pengambilan.

MISI

Melahirkan lebih ramai Pekerja Tenaga Mahir di dalam berbagai bidang teknikal selaras dengan kehendak Negara.

VISI

Menyediakan berbagai latihan – Program Jabatan Pembangunan Kemahiran/ JPK Kementerian Sumber Manusia Malaysia kepada semua peringkat tenaga kerja sejajar dengan kehendak Industri / Negara. Sentiasa meningkatkan kualiti latihan dengan mengadakan berbagai penerokaaan di bidang-bidang kejuruteraan bagi memastikan pelatih-pelatih tamat latihan mudah dipasarkan.

OBJEKTIF

  • Memberikan peluang pendidikan kepada belia / beliawanis yang berminat untuk mengikuti berbagai latihan di peringkat Persijilan/ Diploma dan Diploma Lanjutan – Program Kementerian Sumber Manusia-Malaysia / Institusi yang setaraf dengannya.
  • Menyediakan latihan sambilan/ separuh masa untuk membantu dan meningkatkan taraf kemahiran pelatih bersesuaian mengikut kehendak Industri setempat.
  • Memberikan latihan dan pengiktirafan kepada pekerja-pekerja sedia ada didalam berbagai industri melalui pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran/ Kementerian Sumber Manusia Malaysia sejajar dengan kehendak Negara Maju di dunia.

Kem Modal Insan Siri II 2015

Program “kem modal insan’ dirangka khusus untuk membuktikan bahawa pelajar di Pusat Bertauliah (PB) bukan sahaja fokus kepada pembelajaran, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti luar. Program ini dapat memupuk semangat baru bagi pelatih baru ini dan membentuk semangat berpasukan di antara pelatih. Ianya juga dapat membina kreativiti pelatih dan merapatkan ukhwah dikalangan pelatih. […]

Kem Modal Insan 2015

Program “kem modal insan’ dirangka khusus untuk membuktikan bahawa pelajar di Pusat Bertauliah (PB) bukan sahaja fokus kepada pembelajaran, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti luar. Program ini dapat memupuk semangat baru bagi pelatih baru ini dan membentuk semangat berpasukan di antara pelatih. Ianya juga dapat membina kreativiti pelatih dan merapatkan ukhwah dikalangan pelatih. […]