MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR @GUA MUSANG 2015

banjir
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya

Start

February 2, 2015 - 8:00 AM

End

February 4, 2015 - 4:30 PM

Address

NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING   View map

Pada 2 Februari 2015, Noble School of Engineering telah mengambil langkah inisiatif bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Gua Musang Kelantan. Noble School telah menyedakan lebih 30 Sukarelawan  yang berketerampilan di dalam penyelengaraan elektrik, automotif dan kimplan.

Noble School telah menubuhkan satu pasukan khas  melalui “ Misi Bantuan Kemanusian Banjir @Gua Musang 2015” pada 2 Februari 2015 Ke Negeri Kelantan . Misi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Noble School of Engineering, Saudara Zulfaizal Noordin.

“Tujuan  Misi Bantuan Kemanusiaan Misi Kemanusian Banjir Gua Musang ini adalah sedikit berbeza dengan misi kemanusiaan lain yang mana yang mana kami tidak menyalurkan sumbangan wang ringgit yang banyak tetapi kami gantikan dengan menyalurkan sumbangan KEPAKARAN dan KEMAHIRAN di dalam bidang penyelengaraan dan pendawaian elekrik” – Zulfaizal Noordin

Lebih 40 buah rumah di sekitar gua musang  telah menerima program misi ini . Program ini juga sebagai program serampang dua mata untuk melatih para sukarelawan (selaku pelatih NSE) mempergunakan kemahiran sedia ada untuk membantu komuniti/ masyarakat yang memerlukan bantuan dan menajamkan kemahiran yang diperlajari untuk persiapan bekerja kelak – NOBLEFX

MORE DETAIL

Phone

605-8051 389

Email

INFO@NOBLESCHOOL.EDU.MY

IP Blocking Protection is enabled by IP Address Blocker from LionScripts.com.