KEM MODAL INSAN 2015

DSC_0605 copy
Program “kem modal insan’ dirangka khusus untuk membuktikan bahawa pelajar di Pusat Bertauliah (PB) bukan sahaja fokus kepada pembelajaran, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti luar. Program ini dapat memupuk semangat baru bagi pelatih baru ini dan membentuk semangat berpasukan di antara pelatih. Ianya juga dapat membina kreativiti pelatih

Start

October 2, 2015 - 6:30 AM

End

October 4, 2015 - 5:30 PM

Address

  View map

Program “kem modal insan’ dirangka khusus untuk membuktikan bahawa pelajar di Pusat Bertauliah (PB) bukan sahaja fokus kepada pembelajaran, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti luar. Program ini dapat memupuk semangat baru bagi pelatih baru ini dan membentuk semangat berpasukan di antara pelatih. Ianya juga dapat membina kreativiti pelatih dan merapatkan ukhwah dikalangan pelatih.  Pelatih-pelatih dapat memberikan impak maksima ke atas individu sesebuah institusi dengan kemampuan untuk mengelola emosi diri menjadi sesuatu bentuk energi yang positif. Energi ini akan menjadi sesuatu kekuatan dasar yang sangat efektif bila diaplikasikan dalam membentuk jati diri yang mantap, kepimpinan diri, pembangunan kerja berpasukan dan pengurusan organisasi. Program ini merupakan satu program anjuran Unit Sukan dan Kokurikulum Noble School Of Engineering dengan kerjasama Seketeriat Perhugungan Pelatih terdiri daripada kakitangan Noble School dan Majlis Perwakilan Pelatih (MPP). Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk keyakinan diri melakukan perubahan terhadap diri pelatih. Selain daripada itu juga, program ini dapat merehatkan minda para pelatih sambil beriadah bersama.

Program ini telah diketuai oleh Pengarah Program, iaitu Encik Mohamad hakim bin mohd taridi. Program ini dijalankan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti pelatih yang inginkan perubahan  dalam membentuk keyakinan diri. Selain itu kriteria peatih yang diinginkan ialah dengan menunjukkan sifat berpasukan di kalangan pelatih NSe. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar pada jam 8.00 pagi dan seterusnya bertolak ke Batu kurau sempeneh. Setiba disana, pelatih-pelatih ini di minta berkumpul seterusnya di agihkan kumpulan. Setelah selesai sesi taklimat keselamatan dan agihan kumpulan pelatih-pelatih diberikan khemah untuk didirikan sesame ahli kumpulan bagi melihatkan kerja sama di antara satu pasukan.

MORE DETAIL

IP Blocking Protection is enabled by IP Address Blocker from LionScripts.com.