Kem Kepimpinan Siri 01/2015 Noble Sschool Of Engineering

Program “Lepak Santai Teluk Senangin’ dirangka khusus untuk membuktikan bahawa pelajar di Pusat Bertauliah (PB) bukan sahaja fokus kepada pembelajaran, malah mereka juga bergiat aktif dalam aktiviti luar. Program ini dapat memupuk semangat baru bagi pelatih baru ini dan membentuk semangat berpasukan di antara pelatih. Ianya juga dapat membina kreativiti pelatih dan merapatkan ukhwah dikalangan pelatih.  Pelatih-pelatih dapat memberikan impak maksima ke atas individu sesebuah institusi dengan kemampuan untuk mengelola emosi diri menjadi sesuatu bentuk energi yang positif. Energi ini akan menjadi sesuatu kekuatan dasar yang sangat efektif bila diaplikasikan dalam membentuk jati diri yang mantap, kepimpinan diri, pembangunan kerja berpasukan dan pengurusan organisasi. Program ini merupakan satu program anjuran Unit Sukan dan Kokurikulum Noble School Of Engineering dengan kerjasama Seketeriat Perhugungan Pelatih terdiri daripada kakitangan Noble School dan Majlis Perwakilan Pelatih (MPP). Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk keyakinan diri melakukan perubahan terhadap diri pelatih. Selain daripada itu juga, program ini dapat merehatkan minda para pelatih sambil beriadah bersama.

Program ini telah diketuai oleh Pengarah Program, iaitu Encik Mohamad Azril Fadly Bin Razaly. Program ini dijalankan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti pelatih yang inginkan perubahan  dalam membentuk keyakinan diri. Selain itu kriteria peatih yang diinginkan ialah dengan menunjukkan sifat berpasukan di kalangan pelatih NSe. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar pada jam 7.00 pagi dan seterusnya bertolak ke Teluk Senangin. Setiba disana, pelatih-pelatih ini di minta berkumpul seterusnya di agihkan kumpulan. Setelah selesai sesi taklimat keselamatan dan agihan kumpulan pelatih-pelatih diberikan khemah untuk didirikan sesame ahli kumpulan bagi melihatkan kerja sama di antara satu pasukan.

Seterusnya, pelatih di berikan masa untuk solat jumaat/zohor. Pelatih juga diberi makanan dan minuman yang di masak sendiri oleh urus setia program. Antara aktiviti yang di jalankan ialah sesi Motivasi Jati diri bersama En Shukri (Ketua Bidang Kursus Automotif)  di mana para pelatih di minta untuk menyiapakan arca dengan menggunakan pasir laut. Tujuan utama dalam melaksanakan sesi ini adalah untuk melihat tahap daya fikiran pelatih.  Seterusnya pelatih melaksanakan aktiviti bersama En Khairun Izahar Bin Alwi (Ketua Bidang Kursus Kimpalan) Selepas selesai pertama pertama, diteruskan dengan sesi yang kedua iaitu sesi sukan dan riadah.          Sesi Sukan dan Riadah di bawah penyeliaan En Omar Bin Abd Aziz. Aktivti ini melibatkan pelajar untuk ke persisiran laut untuk mengambil air dgna menggunakan botol kosong yang telah dibuat lubang. Objektif program tersebut adalah untuk melihat sejauh mana tahap pelatih menyelesaikan satu masalah. Aktiviti berikutnya pula, pelatih di kumpulkan dan mempersembahkan semangat Gemuruh Jiwa. Aktivti ini bertujuan untuk memberikan semangat -kepada pelatih-pelatih baru ini. Selesai aktivti-aktiviti tersebut, pelatih di beri masa untuk rehat serta menyiapkan diri untuk solat maghrib dan aktiviti BBQ bersama.

Sesi seterusnya di jalankan pada jam 2:00-4:00 pagi. Sesi ini dikendalikan oleh Puan Sarah dan En Iqmal. Sesi yang diberi nama  MALAM KEINSAFAN ini bertujuan untuk menyedarkan pelatih terhadap kesusahan seorang ibu bapa dalam mendidik serta memberikan kesempurnaan kepada anak-anak. Program ini jugak bertujuan untuk mendidik pelatih agar menghormati orang tua.

Sesi berikutnya diteruskan pada jam  6:00 pagi, pelatih dikejutkan dan menyiapkan diri untuk solat subuh dan seterusnya sesi senaman yang kendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Setelah selesai pelatih diberikan makanan pagi. Aktivti seterusnya aktivti yang dikendalikan oleh Encik Termizi, aktiviti ini lebih kepada penjelahan alam sekitar. Pelatih dibawa menyusuri laluan ”Jungle Tracking”. Aktivti ini di jalankan bagi mengujui kekuatan mental dan fizikal bagi setiap pelatih agar mereka sentiasa dan kuat dalam menempuh cabaran.

Pada jam 11.00 pagi, semua pelatih di arahkan supaya mengemas kembali khemah yang telah mereka dirikan. Setelah selesai sesi gotong royong diadakan bagi membersihkan kawasan perkhemahan. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Encik Zulfaizal Bin Nordin, Ketua Pegawai Operasi Noble School. Akhir sekali sesi bergambar beramai-ramai.

Kesimpulannya, program seperti ini pelu diadakan bagi melahirkan warga NSe yang berfikiran kreatif dan dapat mangaplikasikan sifat tanggungjawab serta bekerjasama dalam kehidupan seharian.