IMG_2139
IMG_2218
IMG_2126

LATAR BELAKANG NOBLE SCHOOL OF ENGINEERING

NOBLE SCHOOL of Engineering telah ditubuhkan sebagai salah sebuah Kolej Kemahiran aliran Kejuruteraan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran/ Kementerian Sumber Manusia pada tanggal 10 April 2002 untuk menempatkan pelajar-pelajar lepasan persekolahan yang berminat menyambung pengajian di bidang-bidang teknikal/kejuruteraan.

 

Terletak dibandar Taiping – Sebuah Bandar Warisan yang terdapat 33 tinggalan sejarah pembangunan awal di Tanah Melayu sejak tahun 1800.Dan sebagai salah sebuah bandar yang terkenal dengan sebutan Rain Town of Malaysia dan sifar pencemaran budaya liar – Taiping merupakan tempat paling sesuai untuk dijadikan sebagai salah sebuah kampus pendidikan.

 

Dengan berkonsepkan Kolej Didalam Taman – Noble School telah dibangunkan sebagai sebuah Kolej yang serba lengkap dengan berbagai kemudahan untuk menempatkan 300-500 pelatih pada setiap kali pengambilan.