Program Eksplorasi Kemahiran Bersama NCIA & Kerajaan Negeri Perlis

Yayasan Pembangunan Anak-anak Miskin Negeri Perak(YpAMP) dan pihak Northern Corridor Implementation Authority – NCIA  telah menjayakan satu Program MODAL INSAN yang dikenali sebagai ‘PROGRAM EKSPLORASI KEMAHIRAN’. Program ini mensasarkan penglibatan para pelajar Sekolah Menengah yang berumur 16 Tahun keatas serta lepasan sekolah. Meraka  yang berminat serta bekecendurgan di dalam Kemahiran boleh mendaftarkan diri untuk melaksanakan beberapa aktiviti seperti Ujian Profiling ( Penentu minat) , Maze Game ( Penentu bakat) , Counseling & Briefing ( Penentu Halatuju). Pengabungan ketiga-tiga aktiviti ini dijadikan satu program modal insan yang berimpak tinggi untuk menghasilkan tenaga mahir menjelang 2020. Program Peringkat Negeri Perlis telah dijayakan pada 4 & 5 April 2015  yang dikenali sebagai ” Program Ekpolorasi Kemahiran dan Skim Latihan 1 Malaysia telah di hadiri lebih  500 orang pelajar dan 1,200 Graduan (Temuduga terbuka) yang dirasmikan oleh Menteri Bersar Perlis YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man serta dihadiri bersama Dato’ Sri Abdul Wahid Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri  serta Dato Redza Rafiq – Ketua Pegawai Eksekutif NCIA -NOBLEFX